Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Garis panduan pengurusan aset wakaf sedang dibangunkan

  • Published in Nasional

KLANG, 9 Julai - Satu garis panduan berkenaan pengurusan aset wakaf telah dibangunkan untuk memastikan manfaat harta wakaf dipelihara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia sebagai rujukan penerima sumbangan wakaf.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia berkata, garis panduan tersebut akan memperincikan kaedah pengendalian aset, kos pengendalian dan pelupusan.

Beliau bercakap demikian selepas melakukan lawatan kerja dan penyampaian sumbangan Yayasan Waqaf Malaysia kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

11 jenis peralatan hospital bernilai RM634,000 telah disumbangkan.