Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Sekolah berasrama untuk pelajar tingkatan 4 & 6 dibuka bermula 15 Julai

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 9 Julai - Pelajar tingkatan empat dan enam semester satu tahun 2020 di sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan kembali bersekolah pada 15 Julai ini.

Dalam kenyataan KPM berkata, keutamaan diberi kepada kumpulan pelajar tersebut bagi memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk persediaan menduduki peperiksaan awam pada tahun depan.

Keputusan itu terpakai kepada semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Seni Malaysia (SSeM).

Ia juga mengambil kira tatacara pengurusan asrama mengikut SOP yang dipersetujui Kementerian Kesihatan bersama KPM.

KPM turut menyatakan bahawa pelajar-pelajar sekolah bagi tingkatan satu, dua dan tiga sekolah berasrama akan meneruskan pembelajaran berasaskan 'home-based learning' sehingga 3 Ogos depan.