Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur tamat, hasil inisiatif majikan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 9 Julai - Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur telah tamat hari ini.

Kluster tempat kerja COVID-19 berkenaan telah dikesan hasil saringan sepuluh pekerja bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, memaklumkan, saringan yang dilakukan itu adalah inisiatif majikan syarikat tersebut untuk menyaring pekerja asing mereka.

Sehingga hari ini, seramai 33 orang telah disaring, terdiri daripada 16 rakyat tempatan dan 17 bukan warganegara.

Daripada jumlah itu, empat kes didapati positif COVID-19 iaitu tiga pekerja syarikat dan seorang kontak rapat mereka, yang kesemuanya merupakan warganegara Indonesia.

Setakat ini, terdapat 15 kluster disenaraikan di bawah kluster tempat kerja.

Daripada jumlah itu, 11 telah diisytiharkan tamat dan selebihnya masih aktif.