Friday, 14 August 2020

updated 1:07 PM UTC, Aug 14, 2020

Datuk Azhar Azizan Harun letak jawatan Pengerusi SPR, dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 29 Jun

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 9 Julai - Datuk Azhar Azizan Harun sah meletak jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, berkuat kuasa 29 Jun lalu.

Dalam kenyataan media hari ini, SPR memaklumkan perletakan jawatan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia dimaklumkan melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun 2020.

Sejajar perkara 114 KURUNGAN 7 Perlembagaan Persekutuan Dr Azmi Sharom selaku Timbalan Pengerusi SPR ketika ini akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi SPR sehingga pelantikan baharu dibuat.

SPR turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Azhar, atas sumbangan dan khidmat bakti beliau, sepanjang memegang jawatan Pengerusi.