Aduan meningkat lebih 90% ketika PKP: SKMM dan CyberSecurity usaha tangani jenayah siber

CYBERJAYA, 2 Julai - Aduan jenayah siber meningkat 91.37 peratus dilaporkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac sehingga 30 Jun, berbanding tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, antara aduan ialah buli siber, penipuan, mencuri data, penggodaman terutama di bandar yang terdapat kelajuan capaian internet.

Justeru, bagi mengekang perkara itu daripada terus berleluasa dan ramai lagi daripada tertipu, perbincangan dibuat melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, CyberSecurity dan syarikat swasta bagi mereka mengambil peranan dalam mengekang jenayah siber yang semakin berleluasa.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Memorandum aduan pengguna perkhidmatan telekomunikasi dan jenayah siber di Cyberjaya.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) , Datuk Nadzim Johan.