Logo

Bantuan PRIHATIN Elektrik: Penyata terperinci dalam bil bulan Julai

KUALA LUMPUR, 2 Julai - Tenaga Nasional Berhad, TNB akan mengeluarkan perincian manfaat Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diterima untuk bulan April, Mei dan Jun, dalam Penyata Terperinci yang akan dikeluarkan pada bulan ini.

TNB dalam satu kenyataan menjelaskan bermula ESOK, pembaca meter akan melakukan bacaan untuk bulan Julai dan pelanggan akan diberi Notis Makluman bahawa pembacaan telah dilakukan.

Penyata Terperinci tersebut akan diterima pelanggan bersama bil bulan Julai dalam masa tujuh hari selepas pembacaan meter dijalankan.

Pelanggan juga boleh melihat Penyata Terperinci dan bil tersebut melalui laman web dan aplikasi myTNB selepas 48 jam menerima Notis Makluman.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bil, pelanggan boleh menghubungi talian TNB CareLine sepertti tertera.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.