Friday, 14 August 2020

updated 10:57 AM UTC, Aug 14, 2020

3 Individu direman seminggu, pukul pemuda sampai mati

  • Published in Nasional

MARANG, 2 Julai - Dua beradik antara tiga yang ditahan selepas dipercayai terlibat memukul seorang pemuda sehingga mati.

Ketua Polis Marang, DSP Mohd Zain Dris berkata ketiga-tiga suspek yang berusia antara 25 hingga 33 tahun itu ditahan serentak malam tadi sekitar Marang.

Polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian berpunca daripada hutang menerusi maklumat daripada ibu mangsa.

Beliau berkata pihaknya juga masih menunggu laporan lanjut berhubung punca kematian mangsa.

Ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bagi membantu siasaran berhubung kematian seorang jurukimpal; dipercayai dipukul tiga lelaki di Kampung Bukit Gasing, Marang.