Friday, 14 August 2020

updated 10:57 AM UTC, Aug 14, 2020

Banjir di Sabah, penduduk terjejas kekal 36 orang

  • Published in Nasional

SABAH, 2 Julai - Jumlah penduduk terjejas banjir yang masih ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kekal 36 orang daripada lapan keluarga setakat 12 tengah hari.

awatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan hanya satu PPS di Daerah Kota Belud masih dibuka.

Manakala semua PPS lain telah ditutup dan penduduk terjejas telah dibenarkan pulang kerana keadaan banjir yang telah pulih.

Sebelum ini, 11 daerah meliputi 152 kampung di Sabah terjejas akibat banjir ekoran hujan lebat Sabtu lepas.

Bagaimanapun, kini keadaan banjir hampir pulih sepenuhnya.