Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

LKIM Cadang Wujud Jawatankuasa Kekang Kecurian Hasil Laut

KUCHING - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mencadangkan supaya diwujudkan satu jawatankuasa melibatkan semua agensi penguatkuasaan bagi mengekang pencerobohan dan rompakan hasil laut negara.

Pengerusinya Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata elemen Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) jawatankuasa tersebut diyakini dapat menangani masalah yang menyaksikan negara kehilangan kira-kira RM3 hingga RM6 bilion setahun.

"Jawatankuasa khas ini akan memiliki elemen penguatkuasaan yang mana anggotanya seperti LKIM, Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menyalur maklumat serta berkongsi kelengkapan kerana setiap agensi penguatkuasaan ada kekangan masing-masing.

"Saya percaya koordinasi ini boleh berjaya seterusnya menghantar mesej Malaysia serius dan tidak berkrompomi terhadap nelayan asing yang mencuri hasil perikanan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako.

(Sumber - Bernama)