Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Bas Pekerja, Kereta Bertembung Sepuluh Cedera

SEREMBAN - Sepuluh mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas pekerja dan kereta di Jalan Labu-Nilai berhampiran pekan Labu dekat Seremban, pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan Dua - Khairuddin Mohammad berkata, mereka yang cedera adalah lapan penumpang wanita bas itu.

Manakala dua lagi ialah pemandu dan penumpang kereta. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Sumber : BERNAMA