Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Pengedar Dadah Baru Dibebaskan Antara Ditahan Polis

KUALA LANGAT - Seorang pengedar dadah yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara awal tahun ini, merupakan antara 29 individu ditahan dalam Op Sarang Khas yang dijalankan di dua lokasi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azizan Tukiman berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di Tanjung Sepat, bersama-sama tujuh individu lain dipercayai penagih dadah.

Polis telah menemui beberapa bungkusan dadah dipercayai heroin seberat kira-kira 100 gram bersama suspek. Semakan terhadap rekod suspek mendapati dia telah dibebaskan dari penjara Simpang Renggam Januari lepas.

Beliau berkata dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

 

Sumber : BERNAMA