Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Mangsa Terakhir Tragedi Air Terjun Di Langkawi Ditemukan

LANGKAWI - Mayat terakhir iaitu mangsa keempat tragedi air terjun Kampung Buku, Lubuk Semilang, ditemukan petang ini berdekatan Surau Bukit Kemboja, kira-kira 7 kilometer dari tempat kejadian.

Mangsa terakhir, Siti Aisyah Kassim, 5, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 4.26 petang ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar.

Dalam kejadian itu yang berlaku kira-kira 4.30 petang semalam, empat orang kanak-kanak perempuan hilang selepas tenggelam dalam arus deras semasa mandi-manda di kawasan air terjun itu.

 

Sumber : BERNAMA