Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Ganguan Bekalan Air Di Kawasan Petaling 25 Okt

KUALA LUMPUR - Lebih 20 kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Kolam Kota Damansara, bekas tapak Caltex Jalan Sungai Buloh dan Perhentian Bas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Sungai Buloh bermula 25 Okt.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan, berkata kerja penggantian perkakasan itu dijalankan bermula dari 9 pagi 25 Okt sehingga 2 petang 26 Okt.

Antara kawasan terlibat adalah Saujana Utama, Bukit Saujana, Sungai Buloh Country Resort, Sierramas, PJU 10 Damansara Damai, PJU 10 Saujana Damansara, PJU 10 Prima Damansara, Hospital Kusta, Kg Desa Aman, Kg Masjid Sg Buloh, Kuarters Jabatan Perhutanan, Jalan Hospital Sg Buloh, Bandar Baru Sg Buloh, dan TBS Komersial U20.

Turut terlibat kawasan SB Jaya, Kampung (Kg) Selamat, Kg Merbau Sempak, Penjara Sg Buloh, Plaza Tol Sg Buloh, Kg Baru Sg Buloh, Kg Paya Jaras, KTM Sungai Buloh, Kem Tentera Paya Jaras, Kg Kubu Gajah, Pusat Dialisis PJU 10, dan Damai Medical Centre.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 25 Okt ini dan mereka boleh merujuk di laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk sebarang maklumat.

 

Sumber : BERNAMA