Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Peperiksaan STAM 2017 Bermula 23 Okt

PUTRAJAYA - Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 akan berlangsung pada 23, 25, 30 dan 31 Okt serta 1 Nov ini melibatkan 9,534 calon berdaftar.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan, berkata 4,951 calon adalah dari sekolah menengah agama negeri; sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan (2,365); dan sekolah menengah agama rakyat (704).

Menurut KPM terdapat juga seramai 92 calon luar negara dari Kemboja ; calon persendirian (1,370); dan calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (52).

STAM 2017 akan dijalankan di 240 pusat peperiksaan yang dibuka di Malaysia dan Kemboja melibatkan 1,071 petugas peperiksaan.

 

Sumber : BERNAMA