Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Langkah Kurangkan Beban Murid Ke Sekolah Akan Diambil

KOTA SAMARAHAN - Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak akan mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan bebanan murid yang terpaksa membawa buku kerja dan latihan yang berat ke sekolah.

Menterinya Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata perkara tersebut perlu diperhalusi memandangkan apa yang berlaku ketika ini yang mana pelajar membawa bebanan yang terlalu berat adalah tidak begitu tepat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Persidangan Antarabangsa mengenai Penerbitan Buku Borneo 2017 di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

 

Sumber : BERNAMA