Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Kesesakan ICQ Padang Besar Dijangka Selesai Jun 2019

PADANG BESAR - Kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar sejak Jun lepas dijangka dapat diatasi menjelang pertengahan 2019 apabila kerja-kerja menaik taraf kompleks itu selesai dijalankan.

Ketua Imigresen Padang Besar Rosli Ishak berkata projek menaik taraf itu membabitkan pembinaan bangunan baharu Unit Penguatkuasan dan Pentadbiran yang mesra Orang Kurang Upaya selain kaunter pemeriksaan pasport ditambah kepada lima kaunter.

Kemudahan lain ialah lorong pemeriksaan kereta dan bas ditambah menjadi tiga berbanding dua sekarang manakala lorong pemeriksaan untuk lori perdagangan dan mootosikal masing-masing kekal satu lorong.

Beliau berkata semasa membuat tinjauan bersama-sama Anggota Dewan Undangan Titi Tinggi Khaw Hock Kong.

 

Sumber : BERNAMA