Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Jenazah Syzlin Dijangka Tiba Dari Peru Selasa Ini

JOHOR BAHRU - Jenazah Syzlin Hataman, warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan pernah dipenjara di Peru dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa ini.

Syzlin, 43, meninggal dunia di Hospital Nacional dos de Mayo, Lima pada 6.50 petang waktu Peru (7.50 pagi waktu Malaysia) pada 7 Okt lepas kerana komplikasi beberapa penyakit.

Dia yang berasal dari Johor dipenjara dan terkandas di negara itu sejak lapan tahun lalu turut menghidap asma dan kencing manis.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jenazah dijangka tiba menerusi penerbangan KLM pada petang Selasa sebelum dibawa ke Masjid Tun Hussien Onn, Larkin untuk disembahyang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh.

 

Sumber : BERNAMA