Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Inggeris Tingkat Kemahiran Mengajar

NILAI - Membangunkan dan meningkatkan kemahiran guru bagi menjenamakan semula keseluruhan profesion perguruan tidak lagi dilihat sebagai misi yang mustahil, kata Timbalan Pengarah Pendidikan Datuk Dr Amin Senin.

Beliau berkata peningkatan terbesar dalam sistem pendidikan negara akan datang daripada peningkatan standard dan menaik taraf kemahiran serta kecekapan guru untuk mewujudkan tenaga kerja berkualiti tinggi.

Oleh itu, adalah penting bagi pendidik untuk terus memperbaiki kemahiran mereka berdasarkan apa yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Inggeris 2015-2025.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Simposium Peningkatan Kemahiran Profesional Guru Bahasa Inggeris 2017 di Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris, Bandar Enstek.

 

Sumber : BERNAMA