Tuesday, July 7, 2020

updated 2:33 PM UTC, Jul 7, 2020

COVID-19: Tiga kes baharu

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 Jun - Tiga kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah kes kumulatif positif di negara ini sebanyak 8,637 kes.

2 kes tempatan yang dikesan, masing-masing melalui saringan pra prosedur rawatan dan di tempat kerja.

Manakala 1 kes import melibatkan rakyat Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.

Dalam pada itu, kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini berjumlah 16, dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad sebanyak 8,334 kes.