Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Malaysia negara terbaik, siap siaga bendung COVID-19 sebelum wabak melanda

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 Jun - Kesiapsiagaan berterusan Kementerian Kesihatan (KKM) menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan awam, antara faktor Malaysia menjadi antara negara terbaik membendung penularan COVID-19.

Jelas Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr. Norhayati Rusli, ini termasuk mempertingkat kemahiran dan pengalaman kakitangan dari semasa ke semasa walaupun ketika wabak COVID-19 masih belum wujud.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) juga bersedia sebelum wabak tersebut merebak ke negara ini.

Dr. Norhayati menjelaskan perkara itu di Putrajaya.

Latihan bersama agensi-agensi lain giat dilaksana antaranya bersama PDRM, ATM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Kebijaksanaan kepimpinan negara khususnya pengurusan tertinggi KKM telah menyediakan hala tuju jelas dalam mengekang COVID-19

Strategi yang digunakan berteraskan 4 perkara iaitu kawalan sempadan, kawalan pergerakan, penjarakan sosial dan kawalan kendiri.