Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Jangan cabar kedaulatan Malaysia!

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 Jun - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terlibat dalam penyeludupan masuk PATI.

Melalui Operasi Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) sempadan negara akan dikawal secara bersepadu daripada dibolosi PATI untuk mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawalan ketat sempadan negara dilakukan secara bersepadu oleh agensi keselamatan dari PDRM, ATM, APMM dan AKSEM bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan wabak COVID-19 yang melibatkan pendatang tanpa izin.