Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Kebenaran konvoi boleh ditarik balik jika peserta tidak patuh SOP

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 Jun - Kerajaan akan menarik semula kebenaran aktiviti berkonvoi sekiranya peserta konvoi gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Peserta terutamanya penganjur konvoi seharusnya perlu memastikan SOP tersebut dipatuhi sepanjang aktiviti konvoi dijalankan.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kepada media susulan insiden peserta konvoi bermotorsikal didakwa melanggar PKPP di Pahang, semalam.