Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Kos saringan COVID-19 perlu ditanggung sendiri

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 Jun - Bermula hari ini, warganegara asing dan rakyat Malaysia yang pulang perlu menanggung sendiri kos ujian saringan COVID-19 setibanya di Malaysia.

Pun begitu caj berikut akan dikecualikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU), Pegawai Kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi serta pelajar yang pertama kali pulang dari luar negara.

Semalam, 318 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 dan diarah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.