Tuesday, July 7, 2020

updated 2:33 PM UTC, Jul 7, 2020

PKPP: 65 ditahan atas pelbagai kesalahan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 Jun - Masyarakat diingatkan agar kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memasuki hari ke 20 hari ini.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seramai 65 individu telah ditahan di atas pelbagai kesalahan ingkar arahan dan daripada jumlah tersebut seramai 36 individu telah direman manakala 29 individu lagi dikenakan kompaun.

Beliau turut mengingatkan, aktiviti-aktiviti seperti acara dan pertandingan sukan, aktiviti karaoke atau pusat hiburan keluarga dan aktiviti judi dalam talian yang melanggar SOP masih dilarang.