Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Pemeriksaan suhu sekali sahaja di pintu masuk utama kompleks beli-belah

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 Jun - Pemeriksaan suhu badan pengunjung hanya dibuat sekali sahaja di pintu masuk utama kompleks beli-belah.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun premis perniagaan dalam kompleks terbabit tidak lagi perlu membuat pemeriksaan suhu badan, namun pengunjung perlu meninggalkan nama dan nombor telefon bagi tujuan pengesanan kontak jika terdapat kes positif COVID-19.

Keputusan ini bagi memudahkan orang ramai dan pemilik premis supaya tidak mengambil suhu badan pengunjung berkali-kali.

Jelasnya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).