Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Penduduk terjejas banjir di Johor kekal 129 orang

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 29 Jun - Perkembangan banjir di Johor.

Sehingga 11 pagi, jumlah penduduk terjejas banjir masih kekal 129 orang melibatkan 35 keluarga.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, setakat ini dua buah Pusat Pemindahan Sementara, PPS masih dibuka.

Dua PPS tersebut, Sekolah kebangsaan, SK Orang Kaya Ali yang menempatkan 49 orang daripada 13 keluarga.

Manakala, PPS SK Seri Menanti menempatkan 80 orang daripada 22 keluarga.