Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Sultan Johor berkenan biayai kos baik pulih wad HSA yang terbakar

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 29 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan untuk membiayai kos membaikpulih Wad Perubatan Perempuan, Hospital Sultanah Aminah, HSA, Johor Bahru yang terbakar petang semalam.

Baginda bertitah, kos membaikpulih itu akan ditanggung sepenuhnya Yayasan Sultan Ibrahim Johor, YSIJ.

Baginda juga akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dimulakan dengan segera.

Menerusi titahnya di Facebook, Pengarah Jabatan kerja Raya, pengarah Kesihatan Johor dan Pengarah Bomba negeri diminta segera berbincang mengenai pelan pembaikan.

Kira-kira 3 petang semalam, wad Perubatan Perempuan HSA terbakar namun
kejadian itu tidak melibatkan kecederaan dan kematian.

Kebakaran melibatkan panel oksigen, vakum, butang loceng dan suis di salah sebuah katil di dalam wad itu.