Thursday, November 23, 2017
vital-top
updated 9:49 AM UTC, Nov 23, 2017

Lagi Bot Nelayan Asing Dikesan Ceroboh Perairan Sarawak

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuching menahan sebuah bot nelayan asing yang menceroboh kawasan perairan Sarawak untuk menangkap ikan, Selasa lepas.

Pengarah APMM Daerah Maritim Kuching Kept Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata bot yang membawa sembilan awak-awak dan tekong yang dipercayai dari Vietnam itu ditahan semasa sedang menangkap ikan di kedudukan kira-kira 206 batu nautika timur laut dari Tanjung Po.

Beliau berkata semua awak-awak dan tekong yang berumur antara 18 dan 45 tahun itu kini ditahan reman dan kes sedang disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 yang boleh membawa kepada hukuman denda serta penjara, manakala bot serta peralatan menangkap ikan disita.

Beliau berkata dalam satu kenyataan.

 

Sumber : BERNAMA