Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

HRPZII Tawar Urutan Tradisional Dan Akupuntur

KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) merupakan hospital awam pertama di Kelantan yang menawarkan perkhidmatan perubatan tradisional komplementari (TCM) kepada pesakit.

Timbalan Pengarah Perubatan HRPZII Dr Mohd Azman Yaacob berkata perkhidmatan, yang disediakan di hospital berkenaan sejak 2012, kini menerima lapan pesakit setiap hari.

Beliau berkata tempoh rawatan TCM yang diperlukan bagi setiap pesakit adalah selama 45 minit dengan kadar bayaran serendah RM5 bagi pesakit luar dan percuma bagi penjawat awam.

Beliau ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka HRPZII.

 

Sumber : BERNAMA