Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Pokok Ketum Ditanam Secara Haram Di Hutan Simpan Bukit Perak

GURUN - Pokok ketum antara tanaman yang dimusnahkan dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) di kawasan Hutan Simpan Bukit Perak di Pendang yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lepas.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Perhutanan negeri Mohd Rahim Ramli berkata dalam operasi di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu telah mengesan pokok ketum berkenaan ditanam secara haram di atas tanah kawasan hutan simpan itu selain pokok kelapa sawit dan getah serta durian.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutupan operasi itu yang disempurnakan Pengarah Perhutanan Kedah Datuk Mohd Nasir Abu Hassan di Pusat Latihan Perhutanan Jeniang.

 

Sumber : BERNAMA