Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Kolej Komuniti Perak Giat Baiki Rumah Golongan Kurang Mampu

BUKIT GANTANG - Kolej Komuniti negeri Perak kini giat melakukan kerja-kerja baik pulih rumah golongan berpendapatan rendah di kawasan terpilih bagi memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Pengarah Kolej Komuniti Bagan Datuk Zainuddin Kasmuri berkata hampir 50 rumah di tiga kawasan Parlimen iaitu Bukit Gantang, Bagan Serai dan Sungai Siput akan dibaik pulih dan dijangka siap sepenuhnya bulan depan.

 

Kesemua 13 kolej komuniti di Perak akan terlibat sama namun ia akan dilakukan secara berperingkat.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran Cabinet Away Day Kementerian Pendidikan Tinggi, 'Touch Point' Parlimen Bukit Gantang di Kampung Permatang Raja.

 

Sumber : BERNAMA