Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Isu Laut China Selatan Harus Diselesaikan Secara Aman - Anifah

KOTA SAMARAHAN  - Malaysia percaya isu Laut China Selatan adalah kompleks, merangkumi pelbagai aspek dan sangat sensitif, justeru tuntutan bertindih di kawasan itu harus diselesaikan secara aman dan mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Brunei Darussalam, Filipina, Vietnam dan China telah membuat tuntutan terhadap kawasan dan ciri-ciri maritim di Laut China Selatan yang bertindih dengan tuntutan Malaysia di luar pantai Sabah dan Sarawak.

"Tuntutan China di Laut China Selatan berdasarkan 'nine-dash line' yang dibuat secara unilateral itu merangkumi hampir keseluruhan kawasan maritim Malaysia di luar pantai Sabah dan Sarawak."

"Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China yang digariskan menerusi 'nine-dash line' kerana ia tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982."

"Malaysia menegaskan akan pentingnya mengekalkan keamanan, kestabilan, keselamatan dan kebebasan pelayaran dan penerbangan di laut China Selatan," katanya dalam syarahan mengenai 'Isu dan Cabaran dalam Menguruskan Hubungan Luar Malaysia' di Universiti Malaysia Sarawak.

(Sumber - Bernama)