Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Polis Akan Perluas SMART Lokap

KUALA LUMPUR - Polis akan memperluas penggunaan Sistem Lokap Pintar Teknologi Pelaporan Analitik Pemantauan Sendiri, SMART Lokap ke beberapa lagi balai polis di seluruh negara, mengikut keperluan dan lokasi balai terbabit. 

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ketika ini 57 lokap di kawasan Lembah Klang telah dipasang dengan SMART Lokap dan berjaya mengurangkan kejadian tidak diingini.

Ia boleh mengurangkan penugasan ramai anggota untuk kawalan lokap, sekali gus membolehkan anggota terbabit dikerah untuk operasi di luar balai.

SMART Lokap membolehkan pemantauan secara automatik iaitu melalui Analitis Video, Internet Objek Pintar dan Analisis Data Raya.

 

Sumber : BERNAMA