Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Ekspo Seni Malaysia 2017 Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR  - Ekspo Seni Malaysia 2017 yang menghimpunkan lebih 2,000 karya seni daripada 25 buah negara bermula di Pusat Konvensyen dan MATRADE Kuala Lumpur, hari ini hingga Ahad ini.

Ekspo siri ke-11 yang diperkenalkan sejak 2007 itu dibuka secara percuma kepada orang ramai mulai 11 pagi sehingga 7.30 malam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil secara bersama merasmikan majlis pratonton kenamaan Ekspo Seni Malaysia 2017 malam tadi.

Baginda berdua adalah Penaung Diraja ekspo tahunan yang menggamit kehadiran ribuan pengunjung saban tahun dan tahun lalu sahaja sebanyak 25,000 pengunjung direkodkan.

(Sumber - Bernama)