Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Empat Sekolah Terima Sijil Pengiktirafan International Baccalaureate World School

PUTRAJAYA  - Empat sekolah Malaysia menerima sijil pengiktirafan International Baccalaureate (IB) World School (Middle Years Programme) dari International Baccalaureate Organization.

Sekolah yang menerima sijil pengiktirafan IB World School untuk tempoh lima tahun itu ialah Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu; Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tualang, Temerloh; dan SMK Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu.

"Pengiktirafan ini jelas membuktikan tahap keupayaan dan profesionalisme guru-guru di KPM (Kementerian Pendidikan) setanding dengan standard antarabangsa," kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof pada majlis penyampaian sijil berkenaan.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Dr Amin Senin.

Selain empat sekolah tersebut, lima buah sekolah yang menerima sijil tersebut sebelum ini ialah SMK Sungai Tapang, Kuching, Kolej Melayu Kuala Kangsar, SMK Sultanah Bahiyah, SMK Putrajaya Presint 9 (2) dan SMK Pantai, Labuan.

(Sumber - Bernama)