Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Polis Serah Laporan Siasatan Kebakaran Pusat Tahfiz Ke Peguam Negara

KUALA TERENGGANU  - Laporan siasatan polis berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kampung Dato' Keramat, Kuala Lumpur, sudah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ahmad Najmuddin Mohd berkata laporan yang dimajukan untuk tindakan pendakwa raya itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

"Jadi kita tunggu arahan dari pejabat Peguam Negara apa bentuk tindakan pertuduhan ke atas pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut," katanya kepada pemberita dalam sesi lawatan kerja ke Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu.

(Sumber - Bernama)