Logo

COVID-19: 31 kes baharu, jumlah kematian kekal 118

PUTRAJAYA, 11 Jun - Selepas mencatat kes baharu satu angka, tiga hari berturut-turut, hari ini 31 kes baharu COVID-19 dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,369 kes.

11 daripadanya adalah kes import, manakala 20 kes masing-masing merupakan penularan dalam negara melibatkan warganegara dan bukan warganegara.

51 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,065 kes.

Tiada kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlahnya kekal 118 kes.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.