Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

BERSATU Kelantan serah sumbangan kepada mangsa banjir

  • Published in Nasional

KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU termasuk BERSATU Negeri Kelantan serta badan bukan kerajaan (NGO) Briged Aman Malaysia menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di negeri tersebut.

Penaung Briged Aman Malaysia, Abu Bakar Yahya berkata, buat permulaan pihaknya bersama dua buah lori bekalan makanan bersama 10 pacuan empat roda telah menjelajah ke 76 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dikenal pasti.

Beliau berkata pemantauan telah dijalankan ke atas mangsa-mangsa yang rumah mereka dikenal pasti dinaiki air serta bantuan yang diberikan.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, turut menyampaikan salam daripada Tun Dr. Mahathir Mohammad agar kesemua mangsa banjir bersabar.

Jelasnya, Briged Aman hanyalah sebuah NGO yang dianggotai oleh individu yang tidak bergaji namun mempunyai kesungguhan di dalam kerja kebajikan. Setakat ini, Briged Aman hanya mempunyai keahlian sekitar 300 orang sahaja tetapi bakal dikembangkan selepas ini ke seluruh negara.

Abu Bakar Yahya juga turut melaporkan situasi banjir di negeri berkenaan kepada Tun Dr. Mahathir yang sentiasa mengambil berat kebajikan mangsa banjir.

Dalam misi lalu juga, Abu Bakar berkata pihaknya juga ke Pasir Puteh dan Tumpat bagi melakukan pemantauan dan menyerahkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Di Ketereh, 48 mangsa telah menerima pelbagai barangan keperluan makanan seperti beras, sardin, gula dan bekalan air minuman.