Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Tun M lepas jawatan selepas selesai masalah utama yang dihadapi negara

  • Published in Nasional

DOHA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendiriannya untuk melepaskan jawatan disandangnya selepas berjaya menyelesaikan masalah-masalah utama yang dihadapi negara ketika ini.

Beliau menegaskan akan menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang telah dijanjikan.

Beliau menjawab persoalan yang diajukan wartawan Al Jazeera pada sesi soal jawab Forum Doha 2019.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dipilih sebulat suara oleh Pakatan Harapan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas Tun Dr Mahathir melepaskan jawatannya.

Tun Dr Mahathir sebelum ini pernah mengumumkan akan meletak jawatan selepas Persidangan APEC yang berlangsung pada November 2020.