Saturday, 8 August 2020

updated 2:24 PM UTC, Aug 8, 2020

Sindiket pengedaran dadah, pasangan kekasih ditahan

  • Published in Jenayah

KUANTAN, 10 Jun - Tindakan sepasang kekasih, menggunakan teksi sebagai kenderaan utama kegiatan pengedaran dadah, tumpas. 

Pasangan berkenaan yang berusia antara 33 hingga 39 tahun itu, ditahan dalam dua serbuan di sebuah apartment dekat Cameron Highlands, Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Jalil Hassan, ketika memaklumkan kejayaan itu menyatakan lebih 4 perpuluhan 5 kilogram dadah jenis heroin dan 5.09 gram syabu, dirampas dalam operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Raub.

Hasil serbuan, dadah bernilai lebih RM40,000 ditemui disorok dalam kotak mesin pengisar.

Kenderaan yang digunakan turut disita.

Siasatan lanjut mendapati suspek lelaki bekerja sebagai pemandu teksi.

Kedua-dua mereka bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah, sejak enam bulan lepas, kini direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bercakap dalam sidang media di IPK Pahang, di Kuantan, beliau turut memberitahu pasangan berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan saringan ujian air kencing, positif metaphetamine.