OKU diminta tampil berdaftar dengan JKM, kelebihan untuk majikan ambil bekerja

 

KUALA LUMPUR, 10 Jun - Golongan Orang Kurang Upaya diminta tampil untuk berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM supaya mereka mempunyai kad OKU.

Ia penting sebagai kelebihan utama sekiranya majikan mahu mengambil mereka bekerja memandangkan insiatif PENJANA yang turut membolehkan OKU ditawarkan elaun sebanyak seribu ringgit sebulan selama 6 bulan.

Bagi Ahli Dewan Negara, Senator Ras Adiba Radzi, beliau mencadangkan supaya pihak kerajaan menerusi JKM membantu mereka dari aspek pendaftaran supaya mana-mana dari golongan tersebut tidak terpinggir dari peluang kerjaya.

Sementara itu, Wakil Pertubuhan Orang Kota Bharu, POKB, Orang Kurang Upaya, OKU, Dr Nor Wahiza Abdul Wahat pula berharap majikan akan lebih yakin untuk mengambil OKU untuk bekerja.

Pun begitu, bagi pemuzik kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun; terdapat juga cadangan agar membantu golongan OKU yang bekerja sendiri yang turut terjejas akibat pelaksanaan PKP.

Langkah kerajaan yang turut menumpukan golongan OKU di dalam PENJANA amat di alu-alukan dan tepat pada masanya.