Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:00 PM UTC, Nov 20, 2017

Empat Direman Enam Hari Bantu Siasatan Seleweng RM40 Juta

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas empat individu termasuk seorang ketua eksekutif bergelar 'Datuk' yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu berkaitan kes penyelewengan dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta.

Perintah tahanan reman enam hari bermula hari ini hingga 19 Sept itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman.

Keempat-empat mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada kira-kira 10.35 pagi sebelum dibawa keluar lebih sejam kemudian selepas prosiding selesai.

 

Sumber : BERNAMA