Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Proses Identifikasi Mayat Mangsa Ambil Masa Dua Hari

KUALA LUMPUR - Proses pengecaman dan identifikasi 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari untuk disiapkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Ini kerana proses identifikasi perlu menjalani ujian padanan antara sampel darah daripada ibu bapa dan waris keluarga dengan jenazah sebelum identitinya boleh disahkan.

Menurutnya, keadaan jenazah membuatkannya agak sukar untuk dikenal pasti dan proses persampelan DNA mesti dilakukan dan ia sememangnya dilakukan kini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa kebakaran yang terselamat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

 

Sumber : BERNAMA