Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Pihak Berkuasa Terengganu Diminta Pantau Ciri Keselamatan Bangunan

KUALA BERANG - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meminta pihak berkuasa terlibat di Terengganu memantau dan memeriksa ciri-ciri keselamatan seluruh bangunan pusat pengajian termasuk sekolah kerajaan, swasta ataupun pusat tuisyen.

Tambah beliau, langkah penguatkuasaan harus dilakukan dengan lebih tegas dan teliti agar ia mengikut peraturan dan standard yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Festival Kenyir 2017 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.

 

Sumber : BERNAMA