Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Bangunan Tahfiz Terbakar Hanya Bangunan Sementara

KUALA LUMPUR - Pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini sepatutnya berpindah ke bangunan asal di kawasan berhampiran yang telah siap diubah suai hujung bulan ini, kata pengetua pusat tahfiz itu, Mohd Zahid Mahmod.

Beliau berkata bangunan tempat berlaku kejadian adalah bangunan sementara menunggu kerja pengubahsuaian yang dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan.

Beliau berkata ini merupakan kejadian kebakaran pertama kali berlaku dan kebiasaannya selepas solat Isyak dan tazkirah pelajar tahfiz akan dibenarkan berehat.

Katanya, aktiviti memasak hanya dibenarkan di tingkat bawah dan pihak tahfiz hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan premis ini.

Sebanyak 21 pelajar dan dua guru yang juga merupakan warden terkorban dalam kejadian itu.

((BERNAMA))