Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

294,000 Rakyat Malaysia Diisytihar Bankrap

PUTRAJAYA - Sebanyak 294,000 rakyat Malaysia terlibat dalam kes kebangkrapan yang aktif disebabkan sewa-beli, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman sosial, kata Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Datuk Abdul Rahman Putra Taha.

Beliau berkata berdasarkan statistik jabatan itu, 70 peratus daripada kes kebankrapan membabitkan mereka yang berumur 35 hingga 45 tahun dan dianggarkan kira-kira 18,000 hingga 20,000 individu diisytiharkan bankrap disebabkan pelbagai punca dalam masa setahun.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mengetuai Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdi) bersama Suruhanjaya Pencegahanan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Mengulas lanjut,Datuk Abdul Rahman berkata Akta Insolvensi 2016 yang diluluskan Dewan Rakyat Mac lepas dijangka akan dikuat kuasa pada Oktober ini, merangkumi lapan perubahan dasar yang akan diterangkan secara menyeluruh kepada orang ramai melalui siri jelajah ke seluruh negara.

Katanya, lapan dasar itu ialah perlindungan penjamin sosial, notis kebankrapan disampaikan secara kendiri, mekanisme penyelamat dan nilai minima kebankrapan dinaikkan (threshold), pelepasan automatik, pelepasan bankrap tanpa bantahan pemiutang, sistem satu perintah kebankrapan dan tabung bantuan insolvensi.

((BERNAMA))