Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

RM101 Juta Untuk Tiga Projek Modenkan Perkhidmatan Keretapi Di Sabah-Tan Sri Pairin

KOTA KINABALU - Kerajaan pusat melelui Kementerian Pengangkutan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM101 juta untuk melaksanakan tiga projek memodenkan perkhidmatan keretapi di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Tan Sri Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata tiga projek itu melibatkan projek menaik taraf landasan dari Halogilat Beaufort ke Tenom, memperoleh tiga buah lokomotif Diesel Multiple Unit (DMU) dan menjalankan kajian tentang sistem komunikasi untuk perkhidmatan rel di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Perkhidmatan Kereta Api Kebangsaan Zon Sabah, di sini.

Dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan keretapi di Sabah, Pairin berkata baru-baru ini pihaknya telah melancarkan satu set keretapi baru yang mengandungi tiga unit tren yang beroperasi di laluan Beaufort ke Tenom sejauh 48 kilometer.

Mengulas mengenai program itu, beliau berkata ia merupakan satu medium yang tepat dalam menyampaikan maklumat dan mendedahkan kepada pelajar tentang keperluan kemahiran dalam industri rel khususnya di Sabah.

((BERNAMA))