Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Pusat Tahfiz Tiada Sijil Layak Menduduki - Tan Sri Noh

KUALA LUMPUR - Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan, selain telah diubah suai daripada struktur asal.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima permohonan sijil perakuan berkenaan daripada pusat tahfiz itu bulan lepas, namun belum diluluskan.

Bangunan itu juga belum mendapat kebenaran pihak bomba, untuk beroperasi.

 

Sumber : DALET BERITARTM