Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:00 PM UTC, Nov 20, 2017

JAWI Diarah Bantu Urus Jenazah Pelajar, Guru Tahfiz

KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membantu menguruskan jenazah pelajar dan guru yang terkorban dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Dialog Antara Penganut Agama di Universiti Malaysia Sabah di sini, Datuk Seri Jamil Khir berkata beliau perlukan maklumat lanjut mengenai kejadian itu sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk memperbaiki apa-apa kelemahan yang timbul.

Sejurus merasmikan program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) itu, beliau bergegas untuk kembali ke ibu negara bagi melawat pusat tahfiz berkenaan, meskipun masih mempunyai satu lagi program yang perlu dihadiri di sini.

((BERNAMA))