Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Litar Pintas Dipercayai Punca Kebakaran Pusat Tahfiz - BOMBA

KUALA LUMPUR – Kejadian kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Obaidat Mohamad berkata litar pintas itu dipercayai berlaku di hadapan pintu masuk bilik asrama tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.

Beliau berkata perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama tingkat tersebut.

Beliau berkata kepada pemberita di lokasi kejadian.

((BERNAMA))